Pelaburan Saham atau Hartanah: Mana Lagi Sesuai?

Labur Saham Syariah

Adakah pelaburan hartanah satu pelaburan yang tepat untuk anda? Atau, adalah pelaburan saham lebih sesuai? Amat penting untuk anda fahami kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua jenis pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan.

1. Pelaburan Saham

Kelebihan Labur Saham (terutamanya patuh syariah)

Untung jangka masa panjang. Lebih dari 100 tahun penyelidikan membuktikan bahawa dengan membeli saham, melabur semula keuntunga, di samping memegangnya untuk jangka masa panjang boleh membantu pelabur menjana kekayaan yang banyak. Senang kata, tidak ada kelas aset lain yang boleh mengalahkan pemilikan perniagaan melalui saham. Apabila anda membeli saham, anda membeli sebilangan perniagaan.

Komitmen yang minimum. Tidak seperti menjalankan perniagaan, memiliki sebahagian daripada perniagaan melalui saham tidak memerlukan anda membuat sebarang pekerjaan selain daripada menganalisa prestasi syarikat untuk mencari potensi pelaburan yang baik. Sebagai pelabur, anda untung daripada hasil kerja syarikat tanpa perlu bekerja.

Boleh dapat dividen. Syarikat berkualiti tinggi biasanya mampu meningkatkan keuntungan mereka dari tahun ke tahun. Dengan ini, bayaran dividen kepada pelabur mereka juga akan semakin meningkat.

Labur Saham Syariah

Mudah untuk bermula. Anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk mula melabur di pasaran saham. Dengan beberapa ratus ringgit, anda sudah boleh bermula. Ini berbeza dengan hartanah yang memerlukan lebih banyak wang pada awal permulaan pelaburan sebagai deposit, kos guaman, kos penyelenggaraan, dan penambahbaikan.

Kecairan aset. Saham atau ekuiti jauh lebih cair daripada pelaburan hartanah. Pada waktu pasaran dibuka, anda boleh menjual keseluruhan kedudukan anda, berkali-kali, dalam masa beberapa saat. Sebaliknya untuk hartanah, anda mungkin perlu menunggu berbulan atau bertahun sebelum mendapatkan pembeli.

Kekurangan Melabur dalam Saham

Perlu bijak kawal emosi. Walaupun saham terbukti dapat menghasilkan kekayaan dalam jangka masa panjang, ramai pelabur yang tidak mampu mengawal beremosi dan tidak berdisiplin untuk mendapat keuntungan secara konsisten. Ramai pelabur yang cenderung untuk menjual saham hanya kerana keadaan ekonomi tidak stabil, panik, dan mengikut “stock tips” sahaja.

Turun naik jangka pendek. Harga saham boleh mengalami turun naik yang melampau dalam jangka masa pendek. Tidak mustahil untuk saham dilabur untung atau rugi berlipat kali ganda dalam 1 hari. Tetapi, ini hanya akan berlaku jika anda melabur di dalam syarikat yang tidak baik. Sekiranya anda tahu sebab anda membeli saham syarikat tertentu, ini tidak akan mengganggu emosi anda sedikit pun. Sebaliknya, anda akan tahu bahawa harga jatuh berkemungkinan mewujudkan satu peluang untuk membeli saham baik dengan harga yang rendah. Nak belajar caranya? Layari bijaklabur.com.

2. Pelaburan Hartanah

Kelebihan Melabur dalam Hartanah

Senang difahami. Hartanah selalunya merupakan pelaburan yang lebih dirasakan selesa untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan kerana mereka sudah biasa didedahkan dengan pelaburan hartanah yang kurang kompleks kepadanya (tidak sama seperti golongan professional yang lebih terbuka kepada ilmu mengenai saham, bon, dan sekuriti lain sejak zaman kanak-kanak dan remaja).

Aliran tunai. Untung sewaan daripada hartanah dapat memberikan aliran tunai yang stabil dari bulan ke bulan jika hartanah anda mendapat permintaan yang betul. Banyak pelaburan lain pula hanya meningkatkan aliran tunai anda dalam jangka masa panjang atau ketika anda menjualnya.

Risiko penipuan lebih rendah. Pelabur lebih sukar untuk ditipu dalam kes hartanah kerana anda boleh melihat, memeriksa hartanah anda, menyelidik latar belakang penyewa, dan juga memastikan bahawa hartanah itu sebenarnya wujud sebelum anda membelinya. Dengan saham, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan pakar jika tidak cukup ilmu.

Boleh menggunakan hutang. Pelabur boleh menggunakan leverage (hutang) dalam hartanah. Ia juga lebih selamat daripada menggunakan hutang untuk membeli saham dengan berdagang melalui margin kerana hutang rumah adalah “secured loan“.

Keselamatan kewangan. Pelaburan hartanah secara amnya diterima sebagai satu kaedah untuk melindungi diri pelabur daripada inflasi.

Kekurangan Melabur dalam Hartanah

Masa dan usaha. Berbanding dengan pelaburan saham, hartanah memerlukan lebih banyak kerja. Anda perlu berurusan dengan ejen, penyewa, peguam, dan juga kontraktor jika perlu melakukan penyelenggaraan.

Beban berterusan. Hartanah boleh membebankan anda setiap bulan sekiranya ia tidak dihuni. Anda masih perlu membayar cukai, penyelenggaraan, utiliti, insurans, dan banyak lagi meskipun anda tidak menjana sebarang pendapatan daripadanya.

Nilai. Dengan beberapa pengecualian, nilai sebenar hartanah hampir tidak meningkat jika dilihat dari sudut penyesuaian inflasi.

Kesimpulannya, Pelaburan Saham atau Hartanah?

Setelah dilihat kebaikan dan keburukannya, seorang pelabur mungkin akan lebih tertarik untuk bermula dengan labur saham syariah berbanding hartanah. Dalam mana-mana situasi, penting untuk seseorang pelabur itu menilai sendiri risiko setiap jenis pelaburan sebelum mengambil tindakan. Jika tersilap langkah, kerugian akan melambatkan seseorang itu lambat untuk mencapai matlamat kewangannya. Ingat, ilmu adalah kunci kejayaan di dalam pelaburan.

Jika anda berminat untuk mengetahui kaedah pelaburan saham DAN hartanah yang mudah & ringkas untuk menjana pendapatan pasif secara konsisten, sila layari laman web Bijak Labur.